Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

9. Seksyen baharu 10a dan 10b

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 10

seksyen yang berikut:

“Pembaharuan pendaftaran francais 10a.  (1)  Seseorang francaisor boleh memohon kepada Pendaftar bagi pembaharuan pendaftaran francais dengan mengemukakan permohonan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh

Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh habis tempoh pendaftaran itu.

(2)

Suatu kelulusan bagi permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pendaftar.

(3)

Apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1),

Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan.

(4)

Seksyen 10 hendaklah terpakai bagi tempoh berkuat kuasa pendaftaran francais yang dibaharui di bawah seksyen ini.

Mempamerkan pendaftaran francais 10b.  (1)  Francaisor atau francaisi hendaklah pada setiap masa mempamerkan pendaftaran francais di suatu kedudukan yang mudah dilihat di tempat francaisor atau francaisi itu menjalankan perniagaannya.

(2)

Mana-mana francaisor atau francaisi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.”.

Undang-Undang Malaysia 8

Report