Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2013Read it in English

Act of Parliament

Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969

Feedback & supportFunctions, styles and titles of Ministers, and transfer of functions

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969.

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah dalam Warta memberitahu—

(a)

bahawa seseorang Menteri telah diberi apa-apa fungsi atau telah dipertanggungkan dengan apa-apa tanggungjawab mengenai sesuatu jabatan atau perkara yang tertentu atau bahawa sesuatu fungsi atau tanggungjawab yang tersebut itu telah dipindahkan kepada seorang Menteri yang lain;

(b)

bahawa suatu nama jawatan telah diberikan kepada seseorang Menteri (kecuali Perdana Menteri) atau bahawa nama jawatan yang tersebut itu telah diubah.

(2)

Sesuatu perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen ini—

(a)

boleh mengadakan peruntukan mengenai pemindahan apa-apa harta, hak atau tanggungan yang dipegang,

6 Undang-Undang Malaysia ACT 2

dinikmati atau dilakukan oleh mana-mana Menteri berhubung dengan apa-apa fungsi yang diberikan atau dipindahkan itu; dan

(b)

boleh mengandungi apa-apa peruntukan lain yang perlu dan suai manfaat untuk memberi kesan kepada perintah itu.

s 3Natijah pemindahan fungsi dan perubahan nama jawatan

Jika sesuatu perintah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 2 sesuatu yang dimulakan, atau yang dibuat sebelum perintah itu mula berkuat kuasa oleh atau di bawah kuasa Menteri yang fungsi dan tanggungjawabnya telah dipindahkan atau yang nama jawatannya itu diubah boleh diteruskan atau diselesaikan oleh

Menteri itu.

s 4Rujukan dalam undang-undang bertulis

Apa-apa rujukan dalam sesuatu undang-undang bertulis atau sesuatu surat cara, kontrak atau pembicaraan di sisi undang-undang terhadap seseorang Menteri mengikut nama jawatannya melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain hendaklah diertikan sebagai suatu rujukan terhadap Menteri yang pada masa itu diberi fungsi atau dipertanggungkan dengan tanggungjawab tersebut atau terhadap Menteri yang pada masa itu diberi nama jawatan tersebut.

s 5Pemansuhan dan kecualian

Ordinan (Memindahkan Fungsi) Menteri-Menteri Kerajaan

Persekutuan 1951 [No. 15 tahun 1951] dengan ini dimansuhkan:

Dengan syarat bahawa perintah yang dibuat di bawah Ordinan itu atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pemindahan fungsi seorang Menteri atau pegawai awam yang berkuat kuasa sebelum sahaja Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa, dan boleh dipinda atau dibatalkan dengan sewajarnya.

______________________

7

SENARAI PINDAAN

Undang-undang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

TIADA –

_____________

8

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

−TIADA−

_____________