Skip to content

Seksyen 2

Fungsi dan nama jawatan Menteri

of Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969

ActIn forceProvision 2 of 5
Seksyen 2
(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah dalam Warta memberitahu—

(a)

bahawa seseorang Menteri telah diberi apa-apa fungsi atau telah dipertanggungkan dengan apa-apa tanggungjawab mengenai sesuatu jabatan atau perkara yang tertentu atau bahawa sesuatu fungsi atau tanggungjawab yang tersebut itu telah dipindahkan kepada seorang Menteri yang lain;

(b)

bahawa suatu nama jawatan telah diberikan kepada seseorang Menteri (kecuali Perdana Menteri) atau bahawa nama jawatan yang tersebut itu telah diubah.

(2)

Sesuatu perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen ini—

(a)

boleh mengadakan peruntukan mengenai pemindahan apa-apa harta, hak atau tanggungan yang dipegang,

6 Undang-Undang Malaysia ACT 2

dinikmati atau dilakukan oleh mana-mana Menteri berhubung dengan apa-apa fungsi yang diberikan atau dipindahkan itu; dan

(b)

boleh mengandungi apa-apa peruntukan lain yang perlu dan suai manfaat untuk memberi kesan kepada perintah itu.