Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2025

Amends the Water Services Industry Act 2006

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Industri Perkhidmatan

Air (Pindaan) 2025.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 2

Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2, dalam teks bahasa kebangsaan, dalam takrif “lengkapan air”, dengan memasukkan selepas perkataan “(selain sesalur utama awam)”

koma.

s 3Pindaan seksyen 61

Seksyen 61 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memotong perkataan “awam”;

(b)

dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan “awam”

di mana-mana jua terdapat;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Tiada seorang pun boleh melepaskan ke dalam atau membenarkan dilepaskan ke dalam mana-mana tangki septik apa-apa efluen terlarang atau apa-apa benda lain yang mungkin merosakkan atau mengurangkan fungsi tangki septik itu atau menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan pembetungan.”; dan

Industri Perkhidmatan Air (Pindaan)

(d)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan

“subseksyen (1)” perkataan “atau (1a)”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “satu ratus ribu”

dengan perkataan “satu juta”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun”

dengan perkataan “sepuluh tahun”.

s 4Pindaan seksyen 86

Subseksyen 86(1) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan memasukkan selepas perkataan

“pemegang lesen” perkataan “perkhidmatan”.

s 5Pindaan seksyen 110

Seksyen 110 Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan—

(a)

dalam perenggan (7)(b), dengan memasukkan selepas perkataan “sebagaimana yang diperuntukkan di bawah”

perkataan “Ordinan Tanah Sabah sebagaimana yang diubah suai oleh”; dan

(b)

dalam subseksyen (8), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen (1)” dengan perkataan “subseksyen (3)”.

s 6Pindaan seksyen 121

Seksyen 121 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1 a)  Seseorang yang mencemarkan atau menyebabkan supaya dicemarkan mana-mana alur air atau sistem bekalan air atau mana-mana bahagian alur air itu atau sistem bekalan air itu dengan apa-apa bahan yang menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan

Undang-Undang Malaysia 6

pemberhentian sementara atau penutupan sistem bekalan air atau gangguan bekalan air, melakukan suatu kesalahan.”;

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan

“subseksyen (1)” perkataan “atau (1a)”;

(ii)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit” dengan perkataan

“lima belas tahun atau didenda tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit dan tidak melebihi lima belas juta ringgit”; dan

(iii)

dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”

dengan perkataan “tidak kurang daripada dua ratus ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a) Seseorang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (1a), boleh dikehendaki membayar kos yang ditanggung oleh pemegang lesen untuk memulihkan sistem bekalan air yang telah terjejas disebabkan oleh pencemaran itu.

(2b)

Mahkamah hendaklah, dalam membuat suatu perintah di bawah subseksyen (2a), mengambil kira faktor yang berikut:

(a)

kesan pencemaran itu;

(b)

kos yang ditanggung oleh pemegang lesen itu;

Industri Perkhidmatan Air (Pindaan)

(c)

kerosakan pada, atau kerugian, harta yang dialami oleh pemegang lesen itu; dan

(d)

apa-apa faktor lain yang difikirkan relevan oleh mahkamah.

(2c)

Bagi maksud membuat suatu perintah di bawah subseksyen (2a), mahkamah boleh mengadakan suatu siasatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah.

(2d)

Seksyen 432 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]

hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini.”.

s 7Pindaan seksyen 122

Subseksyen 122(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan

“atau” di hujung perenggan itu;

(b)

dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:

“(ca) melepaskan atau membuang apa-apa sisa, kumbahan, efluen, makhluk, yang mati atau hidup, benda atau bahan, ke dalam mana-mana lurang; atau”; dan

(c)

dengan menggantikan—

(i)

perkataan “lima puluh ribu” dengan perkataan

“satu juta”; dan

(ii)

perkataan “enam bulan” dengan perkataan

“sepuluh tahun”.

Undang-Undang Malaysia 8

s 8Pindaan seksyen 123

Subseksyen 123(3) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “satu ratus ribu”

dengan perkataan “satu juta”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun”

dengan perkataan “sepuluh tahun”.

s 9Pindaan seksyen 148

Subseksyen 148(2) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “[Akta 593]”.

s 10Pindaan seksyen 165

Subseksyen 165(1) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan memasukkan selepas perkataan “ialah”

perkataan “pengarah,”.

s 11Pindaan seksyen 173

Subseksyen 173(1) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan “and” dengan perkataan “dan”.

s 12Pindaan seksyen 174

Perenggan 174(1)(a) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa

Inggeris dengan memasukkan selepas perkataan “septic tank”

koma.

s 13Pindaan seksyen 180

Subperenggan 180(a)(iv) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan “sistem” dengan perkataan “perkhidmatan” di mana-mana jua terdapat.