Akta Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2025 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Subseksyen 122(1) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan
“atau” di hujung perenggan itu;
dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(ca) melepaskan atau membuang apa-apa sisa, kumbahan, efluen, makhluk, yang mati atau hidup, benda atau bahan, ke dalam mana-mana lurang; atau”; dan
dengan menggantikan—
perkataan “lima puluh ribu” dengan perkataan
“satu juta”; dan
perkataan “enam bulan” dengan perkataan
“sepuluh tahun”.
Undang-Undang Malaysia 8