Skip to content
In forceUpdated to 30 Jan 2026Read it in English

Bahagian II · Akses Wakil Asing dan Pemiutang Asing Kepada Mahkamah di Malaysia

13. Akses pemiutang asing kepada prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pemiutang asing hendaklah mempunyai hak yang sama mengenai permulaan, dan penyertaan dalam, prosiding di bawah undang-undang insolvensi

Malaysia sebagaimana pemiutang di Malaysia.

(2)

Subseksyen (1) tidak menjejaskan susunan tuntutan dalam prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia, atau pengecualian tuntutan cukai asing, tuntutan keselamatan sosial atau tuntutan bagi persaraan atau kumpulan wang simpanan pekerja atau tuntutan di bawah mana-mana skim persaraan daripada prosiding itu.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), tuntutan seseorang pemiutang asing tidak boleh disusun lebih rendah daripada pemiutang tidak bercagar am semata-mata atas sebab bahawa pemiutang itu merupakan seorang pemiutang asing.

Pemberitahuan kepada pemiutang asing mengenai prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia

Report

Bahagian III

Pengiktirafan Prosiding Asing dan Relief

Bahagian IV

Kerjasama Dengan Mahkamah Asing dan Wakil Asing

Bahagian V

Prosiding Serentak

Bahagian VI

Schedules