Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2026 · Updated to 30 Jan 2026 · Bahagian V · Prosiding Serentak
32. Kaedah bayaran dalam prosiding serentak
Feedback & supportTanpa menjejaskan tuntutan jaminan atau hak in rem, seseorang pemiutang yang telah menerima sebahagian bayaran berkenaan dengan tuntutannya dalam mana-mana prosiding di bawah undang-undang yang berhubungan dengan insolvensi di suatu Negara asing tidak boleh menerima bayaran bagi tuntutan yang sama dalam prosiding di bawah undang-undang insolvensi
Malaysia mengenai penghutang yang sama, selagi bayaran kepada pemiutang lain bagi kelas yang sama adalah secara berkadar lebih rendah daripada bayaran yang pemiutang itu telah terima.