Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2019

Feedback & supportAmends the Private Higher Educational Institutions Act 1996

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Institusi Pendidikan

Tinggi Swasta (Pindaan) 2019.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 47

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 47—

(a)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan

“private educational institution” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “private higher educational institution”; dan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA

(PINDAAN) 2019

Undang-Undang Malaysia 4

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas koma bernoktah di hujung perenggan itu perkataan “atau”;

(ii)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “; atau” dengan noktah; dan

(iii)

dengan memotong perenggan (c).

s 3Kecualian

Semua tindakan tatatertib terhadap mana-mana pelajar institusi pendidikan tinggi swasta yang berhubungan dengan perkara yang disebut dalam perenggan 47(2)(c) Akta ibu yang belum selesai di hadapan pihak berkuasa disiplin sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini, dihentikan.