Malaysian Agricultural Research and Development Institute Act 1969 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Lembaga
5A. Ahli silih ganti
Feedback & supportMenteri boleh, berkenaan dengan setiap ahli Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 5(2)(b), (c), (d), (e) dan (f)
melantik seorang menjadi ahli silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti ahli itu, mesyuarat Lembaga sekiranya ahli itu tidak dapat hadir kerana apa jua sebab.
Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang ahli silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang ahli Lembaga.
Seseorang ahli silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau jawatannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi seorang ahli silih ganti jika ahli yang baginya dia menjadi ahli silih ganti itu tidak lagi menjadi ahli Lembaga.