Malaysian Agricultural Research and Development Institute Act 1969 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Lembaga
7A. Tatatertib pegawai dan pekhidmat
Feedback & supportSuatu Jawatankuasa Tatatertib Lembaga hendaklah diadakan yang terdiri daripada dua orang ahli yang hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli Lembaga, seorang daripada mereka hendaklah dipilih menjadi pengerusi, dan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 4(1).
Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan tiap-tiap pegawai dan pekhidmat Institut, selain Ketua Pengarah ialah Jawatankuasa
Tatatertib Lembaga yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan Ketua Pengarah ialah Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada Ketua
Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai pengerusi dan dua orang ahli yang hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli Lembaga.
Ketua Pengarah tidak boleh menjadi ahli Jawatankuasa
Tatatertib dalam apa-apa prosiding di hadapan Jawatankuasa itu yang dalamnya dia menjadi pengadu; tempatnya hendaklah diambil oleh seorang ahli yang hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli Lembaga.
Pada menjalankan fungsi tatatertibnya, Jawatankuasa