Skip to content

Seksyen 211

of Undang-Undang Kecil Bangunan (Terengganu) (Pindaan) 2013

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 87 of 128

Seksyen 211

(1)

Permukaan atau bahan untuk menutup bumbung atau membina bumbung hendaklah mempunyai tahap kemerebakan api permukaan tidak kurang daripada kelas 1, melainkan untuk Kumpulan Maksud I dan III seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Kelima Undang-Undang Kecil ini, dan di dalam bangunan yang dilindungi keseluruhannya dengan sistem pemercik automatik.

(2)

K.P.B.P. boleh membenarkan penggunaan bahan boleh terbakar untuk pembinaan bumbung bagi bangunan Kumpulan Maksud II, IV, V dan VI seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Kelima Undang-Undang Kecil ini, yang memenuhi keperluan berikut:

(a)

bangunan itu tidak melebihi empat tingkat;

(b)

ruang bumbung di antara bumbung dan siling hendaklah menjadi sawar kaviti yang perlu mematuhi peruntukan yang berkaitan, dan bukaan pada sawar kaviti hendaklah dapat menghentikan kebakaran; dan

(c)

jika sebelah bawah bumbung berfungsi sebagai siling bilik atau ruang, maka sebelah bawah bumbung itu hendaklah mematuhi peruntukan berkaitan dengan undang-undang kecil 204.

(3)

Pada pertemuan dinding pengasing atau dinding pangsa, pembinaan bumbung hendaklah mematuhi kehendak sebagaimana Pihak Berkuasa Bomba boleh tentukan.”.

Undang-undang kecil baru 211A