Skip to content

Seksyen 211A

of Undang-Undang Kecil Bangunan (Terengganu) (Pindaan) 2013

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 89 of 128

Seksyen 211A

(1)

Bahan yang digunakan untuk membina elemen bangunan hendaklah mematuhi kehendak-kehendak yang dinyatakan di bawah Bahagian ini selain kehendak-kehendak pelaksanaan seperti ketahanan api dan had kemerebakan api.

(2)

Cat gelodar boleh digunakan untuk melindungi bahagian keluli berstruktur yang ada pada semua bangunan dengan syarat bahawa—

(a)

cat itu hendaklah menjadi sistem proprietari yang telah diuji untuk mencapai prestasi ketahanan api seperti yang dikehendaki dalam PB 476; dan 1050

[5hb Dis. 2013

(b)

salutan cat gelodar ke atas keluli berstruktur dan penyenggaraan seterusnya hendaklah mematuhi PB 8202.

(3)

Di dalam bangunan yang dilindungi dengan sistem pemercik automatik, kaca tahan api boleh digunakan untuk pembinaan dinding ruang, lantai ruang, kawasan lobi penghenti asap, lobi memadam kebakaran, aci terlindung yang tidak mempunyai tangga kecemasan dan lif kecemasan, tertakluk kepada yang berikut:

(a)

dinding dan pintu hendaklah mempunyai ketahanan api yang perlu, termasuk penebatan, apabila tertakluk kepada ujian di bawah PB

476 bagi dinding dan PM 1073 bagi pintu; dan

(b)

dinding dan pintu hendaklah mematuhi kehendak Kelas A bagi prestasi hentaman apabila tertakluk kepada ujian di bawah PB

6206 dan PA 2208.

(4)

Dinding, siling, penutup bumbung dan kemasan tidak boleh mengandungi apa-apa bahan plastik.

(5)

Bagi maksud undang-undang kecil ini, “PA” ertinya edisi Piawaian

Australia yang terakhir diterbitkan.”.

Pindaan undang-undang kecil 222