Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2019 · As enacted
2. Pindaan seksyen 3
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 3—
dengan memasukkan selepas takrif “betung” takrif yang berikut:
‘ “cerun” ertinya kecerunan permukaan tanah atau batu sama ada dibina atau wujud secara semula jadi termasuk apa-apa binaan yang melawan daya dan momen cerun itu;’; dan
dengan memasukkan selepas takrif “cerun” takrif yang berikut:
‘ “geoteknikal” ertinya bidang kejuruteraan berhubung dengan sifat tanah dan batuan yang termasuklah jenis, keadaan, profil, reka bentuk struktur, penstabilan cerun dan kerja-kerja pemantauan lain berkaitan dengan sifat tanah dan batuan itu;’.
Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan)