Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2019 · As enacted
3. Pindaan seksyen 39
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 39 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“lima ratus” dengan perkataan “lima puluh ribu”;
dalam subseksyen (2)—
dengan memotong perkataan “dengan sengaja”;
dan
dengan menggantikan perkataan “satu ribu” dengan perkataan “satu ratus ribu”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), pihak berkuasa tempatan boleh memberi notis secara bertulis untuk mengarahkan orang itu untuk membetulkan pengalihan, mengambil tempat atau membuat apa-apa perubahan kepada turap, papak atau bahan lain jalan awam atau pagar atau tiang-tiang jalan awam itu atau melaksanakan apa-apa pembaikan bagi kerosakan yang dilakukan pada jalan, siar kaki, jalan kaki lima, kerja atau harta, atau mana-mana bahagiannya.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang disebut dalam subseksyen (3), pihak berkuasa tempatan pada bila-bila masa selepas habis tempoh masa yang dinyatakan dalam notis boleh dengan sendirinya menyebabkan supaya kerja itu dilakukan dan menuntut kos dan belanjanya daripada orang itu.”.