28. Seksyen 30 Akta ibu dipinda—
Feedback & supportdalam subseksyen (1)—
dengan memasukkan sebelum perkataan “boleh”
perkataan “, selepas mengambil kira bahawa meletakkan kanak-kanak dalam pemeliharaan berasaskan keluarga adalah sebaik-baiknya,”;
dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
Undang-Undang Malaysia 26
“(c) dalam hal seseorang kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu atau bapa atau penjaga atau yang telah terbuang sebagaimana yang diperihalkan dalam perenggan 17(1)(e), membuat perintah—
meletakkan kanak-kanak itu dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalan ibu atau bapa peliharaan yang didapati sesuai oleh Ketua Pengarah selama tempoh dua tahun dari tarikh kanak-kanak itu diletakkan dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalan ibu atau bapa peliharaan itu atau sehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun, mengikut mana-mana yang lebih pendek, dan sementara itu, meletakkan kanak-kanak itu di suatu tempat selamat; atau
meletakkan kanak-kanak itu dalam pemeliharaan orang yang layak dan sesuai selama tempoh dua tahun dari tarikh perintah itu atau sehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun, mengikut mana-mana yang lebih pendek;”;
dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(ca) membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di suatu pusat selama tempoh tiga tahun dari tarikh perintah itu atau sehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun, mengikut mana-mana yang lebih pendek;”;
dengan menggantikan perkataan “; atau” di hujung perenggan (d) dengan noktah; dan
dengan memotong perenggan (e);
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Sebagai tambahan kepada perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(a), (b), (c) atau (ca), Mahkamah
Kanak-Kanak (Pindaan)
27
Bagi Kanak-Kanak boleh membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di bawah pengawasan—
seorang Pelindung; atau
seorang lain yang dilantik bagi maksud itu oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, selama suatu tempoh yang dinyatakan oleh Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak itu.”;
dalam subseksyen (2) dan (3), dengan menggantikan perkataan “perenggan (1)(e)” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “subperenggan (1)(c)(i)”;
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“(1)(e)” dengan perkataan “(1)(c)”; dan
dalam perenggan (13)(b), dengan memasukkan selepas perkataan “tempat selamat” perkataan “atau pusat”.
Pindaan seksyen 31