Amendment Act · As enacted · 1 part
Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016
Feedback & supportAmends the Child Act 2001Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kanak-Kanak
(Pindaan) 2016.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
s 2Pindaan seksyen 2
Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], yang disebut “Akta ibu”
dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dalam subseksyen (1)—
dalam takrif “anggota keluarga”, dengan menggantikan perkataan “anggota keluarga luas, yang merupakan seorang anggota rumah” dengan perkataan “saudara”;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA KANAK-KANAK (PINDAAN) 2016
Undang-Undang Malaysia 4
dengan memotong takrif “anggota rumah”;
dalam takrif “asrama akhlak”, dengan menggantikan perkataan “Bahagian X” dengan perkataan “seksyen 46 dan 98”;
dalam takrif “hospital”, dengan menggantikan perkataan
“Universiti” dengan perkataan “institusi pengajian tinggi awam, tetapi tidak termasuk mana-mana bahagian hospital Kerajaan atau hospital pelatih perubatan sesuatu institusi pengajian tinggi awam, yang diswastakan atau diperbadankan”;
dalam takrif “ibu atau bapa peliharaan”, dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan
“perenggan 30(1)(e)” dengan perkataan
“subperenggan 30(1)(c)(i)”;
dengan memotong takrif “Jawatankuasa Kebajikan
Kanak-Kanak”;
dengan memasukkan selepas takrif “kanak-kanak dalam percubaan” takrif yang berikut:
‘ “kaunselor” ertinya mana-mana kaunselor, penolong kaunselor, pegawai psikologi atau penolong pegawai psikologi di Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;’;
dengan memotong takrif “keluarga luas”;
dengan memasukkan sebelum takrif “Ketua Pengarah”
takrif yang berikut:
‘ “Ketua Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar Kanak-Kanak yang dilantik di bawah subseksyen 9(1);’;
dalam takrif “Ketua Pengarah”, dengan memasukkan selepas perkataan “Ketua Pengarah Kebajikan
Masyarakat” perkataan “dan termasuklah Pengarah
Kebajikan Masyarakat Negeri bagi setiap Negeri”;
Kanak-Kanak (Pindaan)
dengan memasukkan selepas takrif “Ketua Pengarah”
takrif yang berikut:
‘ “khidmat masyarakat” ertinya apa-apa kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan demi kebaikan orang awam keseluruhannya di bawah ruang lingkup Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;’;
dengan menggantikan takrif “Mahkamah Pengawas”
dengan takrif yang berikut:
‘ “Mahkamah Pengawas” ertinya Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak bagi daerah atau kawasan yang seseorang kanak-kanak dikehendaki—
untuk tinggal di bawah suatu perintah percubaan;
untuk melaksanakan khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat;
atau
untuk diletakkan atau ditahan di bawah mana-mana perintah lain yang dibuat di bawah Akta ini;’;
dalam takrif “Majlis”, dengan menggantikan perkataan
“Majlis Penyelaras bagi Pelindungan Kanak-Kanak”
dengan perkataan “Majlis Kebangsaan bagi Kanak-Kanak”;
dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:
‘ “Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak” ertinya sesuatu pasukan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah seksyen 7a;’;
dengan memasukkan selepas takrif “Pegawai Kebajikan
Masyarakat” takrif yang berikut:
‘ “Pegawai Pendidikan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Pendidikan 1996 [Akta 550];
Undang-Undang Malaysia 6
“pegawai penjara” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Penjara 1995;’;
dalam takrif “pegawai perubatan”, dengan menggantikan perkataan “Universiti” dengan perkataan “institusi pengajian tinggi awam, tetapi tidak termasuk pengamal perubatan berdaftar di mana-mana bahagian hospital Kerajaan atau hospital pelatih perubatan sesuatu institusi pengajian tinggi awam, yang diswastakan atau diperbadankan”;
dalam takrif “Pelindung”, dengan memotong perenggan (d);
dengan memasukkan selepas takrif “Pelindung”
takrif yang berikut:
‘ “Pembantu Pelindung” ertinya seseorang yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 8a;
“pemeliharaan berasaskan keluarga” ertinya pemeliharaan seseorang kanak-kanak dalam suasana kekeluargaan termasuk—
pemeliharaan seseorang kanak-kanak oleh ibu atau bapa, penjaga atau saudara;
pemeliharaan seseorang kanak-kanak oleh ibu atau bapa peliharaan atau orang yang layak dan sesuai; atau
pemeliharaan seseorang kanak-kanak di suatu pusat;’;
dalam takrif “Pendaftar”—
dengan memotong perkataan “Yang
Memerlukan Pelindungan”; dan
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “Pendaftar Besar”
dengan perkataan “Ketua Pendaftar”;
dengan memotong takrif “Pendaftar Besar” yang terdapat selepas takrif “Pendaftar”;
Kanak-Kanak (Pindaan)
dengan memasukkan selepas takrif “penjaga” takrif yang berikut:
‘ “perintah khidmat masyarakat” ertinya suatu perintah yang menghendaki seseorang kanak-kanak untuk melaksanakan khidmat masyarakat di bawah seksyen 97a;’;
dengan menggantikan takrif “pusat” dengan takrif yang berikut:
‘ “pusat” ertinya sesuatu tempat berlindung yang ditubuhkan atau dikendalikan oleh mana-mana orang termasuk Kerajaan Negeri, sama ada—
secara perseorangan; atau
melalui kerjasama atau usaha sama dengan
Kerajaan Persekutuan, sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak di bawah seksyen 53a;’;
dengan memasukkan selepas takrif “rumah pelacuran”
takrif yang berikut:
‘ “saudara” ertinya seseorang yang mempunyai hubungan persaudaraan melalui pertalian darah seibu sebapa atau pertalian darah seibu atau sebapa, atau melalui perkahwinan atau pengangkatan, termasuk pengangkatan de facto;’; dan
dalam takrif “Sekolah Henry Gurney”, dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“Ketua Pengarah Penjara” dengan perkataan
“Komisioner Jeneral Penjara”; dan
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur” perkataan
“, Wilayah Persekutuan Putrajaya”.
Undang-Undang Malaysia 8
s 3Pindaan Bahagian II
Akta ibu dipinda dengan menggantikan tajuk Bahagian II dengan tajuk yang berikut:
“MAJLIS KEBANGSAAN BAGI KANAK-KANAK”.
s 4Penggantian seksyen 3
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 3 dengan seksyen yang berikut:
s 3“Penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Kanak-Kanak
Suatu majlis yang dikenali dengan nama “Majlis
Kebangsaan bagi Kanak-Kanak” ditubuhkan.
Fungsi Majlis adalah—
untuk menasihati dan membuat syor kepada Kerajaan mengenai semua isu dan aspek yang berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan, pemulihan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa;
untuk membangunkan program dan strategi yang bertujuan untuk mendidik masyarakat dan untuk meningkatkan kesedaran dalam masyarakat, termasuk di peringkat keluarga, mengenai hak dan maruah seseorang kanak-kanak;
untuk membangunkan program yang bertujuan untuk mendidik masyarakat dalam usaha mencegah penderaan dan pengabaian kanak-kanak serta mencegah penglibatan kanak-kanak dalam perbuatan tidak bermoral atau jenayah;
untuk memastikan bahawa standard perkhidmatan yang disediakan oleh agensi dan jabatan Kerajaan, badan atau organisasi bukan kerajaan dan sektor swasta bagi pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak memenuhi keperluan kanak-kanak;
untuk menyelaraskan pelbagai sumber daripada semua pihak, termasuk agensi dan jabatan Kerajaan, badan atau organisasi bukan kerajaan dan sektor swasta,
Kanak-Kanak (Pindaan)
9
yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan bagi pemeliharaan, pelindungan, pemulihan dan perkembangan kanak-kanak;
untuk menyelaraskan dan memantau pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan kanak-kanak oleh agensi dan jabatan Kerajaan, badan atau organisasi bukan kerajaan dan sektor swasta;
untuk mengumpul dan mengumpul semak data dan maklumat, dan menjalankan serta menggalakkan kajian, yang berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan, pemulihan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak;
untuk mereka bentuk suatu sistem pengurusan yang cekap dan berkesan di seluruh Malaysia bagi kanak-kanak yang memerlukan pelindungan;
untuk menggalakkan penyertaan kanak-kanak dalam proses pembuatan keputusan mengenai perkara yang menyentuh kanak-kanak;
untuk memantau aktiviti dan pelaksanaan fungsi Pasukan
Pelindungan Kanak-Kanak dan Pasukan Kebajikan
Kanak-Kanak; dan
untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya.”.
s 5Seksyen baharu 3a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 3
seksyen yang berikut:
“Dana 3a. Kerajaan hendaklah menguntukkan dana yang mencukupi secara tahunan kepada Majlis untuk membolehkan Majlis melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.”.
Undang-Undang Malaysia 10
s 6Penggantian seksyen 4
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 4 dengan seksyen yang berikut:
s 4“Keanggotaan Majlis
Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan yang hendaklah menjadi
Pengerusi;
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakilnya;
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan yang hendaklah menjadi
Timbalan Pengerusi;
Peguam Negara atau wakilnya;
Ketua Polis Negara atau wakilnya;
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia atau wakilnya;
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri atau wakilnya;
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi komunikasi atau wakilnya;
Ketua Pengarah Kesihatan atau wakilnya;
Ketua Pengarah Pendidikan atau wakilnya;
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara atau wakilnya;
Komisioner Jeneral Penjara atau wakilnya;
Ketua Pengarah Imigresen atau wakilnya;
Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat yang hendaklah menjadi Setiausaha;
Kanak-Kanak (Pindaan)
dua orang wakil daripada jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;
seorang wakil kementerian, di Negeri Sabah, yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;
seorang wakil kementerian, di Negeri Sarawak, yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;
dua orang wakil dalam kalangan kanak-kanak yang hendaklah dilantik oleh Menteri, atas syor Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat;
dan
tidak lebih daripada lima orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara yang berhubungan dengan kebajikan dan perkembangan kanak-kanak termasuk mana-mana orang yang layak untuk memberikan nasihat mengenai faktor peribumi, etnik, kebudayaan atau agama yang berkaitan, yang dilantik oleh Menteri.
Seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan (1)(r) atau (s) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan adalah layak dilantik semula bagi tempoh maksimum dua penggal berturut-turut.”.
Undang-Undang Malaysia 12
s 7Seksyen baharu 4a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4
seksyen yang berikut:
“Pembatalan dan peletakan jawatan 4a. (1) Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(r) atau (s).
Mana-mana anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(r) atau (s) boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis satu bulan kepada
Menteri.”.
s 8Pindaan seksyen 5
Seksyen 5 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“empat kali” dengan perkataan “dua kali”;
dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “Tujuh orang anggota Majlis” perkataan
“termasuk sekurang-kurangnya seorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(r)”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(4a) Majlis boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Majlis bagi maksud menasihati Majlis tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Anggota Majlis dan mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mesyuarat Majlis di bawah subseksyen (4a) boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.”.
Kanak-Kanak (Pindaan)
s 9Seksyen baharu 5a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 5
seksyen yang berikut:
“Ketetapan tanpa bermesyuarat 5a. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Majlis boleh, jika perlu, meluluskan suatu ketetapan tanpa bermesyuarat.
Syarat yang berikut hendaklah dipatuhi:
semua anggota Majlis telah dimaklumkan mengenai ketetapan yang dicadangkan itu atau usaha yang munasabah telah diambil untuk memaklumkan semua anggota Majlis mengenai ketetapan yang dicadangkan itu; dan
semua anggota Majlis menandakan persetujuan dengan ketetapan yang dicadangkan itu mengikut kaedah yang ditentukan oleh Majlis.”.
s 10Pindaan seksyen 6
Seksyen 6 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (9) subseksyen yang berikut:
“(10) Kecuali anggota jawatankuasa yang dilantik dalam kalangan anggota Majlis, mana-mana orang lain yang dilantik sebagai anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.”.
s 11Seksyen baharu 6a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6
seksyen yang berikut:
“Pengosongan jawatan 6a. (1) Jawatan seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(r) atau (s) dan jawatan anggota jawatankuasa yang bukan anggota Majlis hendaklah menjadi kosong sekiranya—
dia meninggal dunia;
Undang-Undang Malaysia 14
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
mana-mana kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;
dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
dia menjadi bankrap;
berkenaan dengan anggota Majlis, dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran
Pengerusi, dan berkenaan dengan anggota jawatankuasa yang bukan anggota Majlis, dia tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran pengerusi jawatankuasa itu;
berkenaan dengan anggota Majlis, pelantikannya dibatalkan oleh Menteri, dan berkenaan dengan anggota jawatankuasa yang bukan anggota Majlis, pelantikannya dibatalkan oleh Majlis; atau
dia meletakkan jawatan.
Jika seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(r) atau (s) terhenti daripada menjadi anggota
Majlis, oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi tempoh berbaki yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik mengikut peruntukan yang terpakai.”.
Kanak-Kanak (Pindaan)
s 12Pindaan seksyen 7
Seksyen 7 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“pelindungan” dengan perkataan “pemeliharaan dan pelindungan”;
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Sesuatu Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara yang berhubungan dengan pemeliharaan dan pelindungan kanak-kanak, yang dilantik oleh Menteri;
seorang pegawai perubatan; dan
seorang pegawai kanan polis.”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Menteri boleh melantik mana-mana anggota yang disebut dalam perenggan (2)(a) untuk menjadi pengerusi sesuatu Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak.”;
dan
dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “hendaklah” perkataan “diselia oleh seorang
Pelindung dan hendaklah”.
s 13Seksyen baharu 7a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 7
seksyen yang berikut:
“Penubuhan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak 7a. (1) Majlis hendaklah menubuhkan di seluruh Malaysia kumpulan-kumpulan orang, setiap kumpulan dikenali sebagai
Undang-Undang Malaysia 16
“Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak”, bagi maksud menyelaraskan perkhidmatan-perkhidmatan setempat kepada keluarga-keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak—
memerlukan atau disyaki memerlukan pelindungan dan pemulihan; atau
didapati bersalah atas apa-apa kesalahan.
Sesuatu Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara yang berhubungan dengan pelindungan dan pemulihan kanak-kanak, yang dilantik oleh
Menteri;
seorang Pegawai Pendidikan; dan
seorang pegawai kanan polis.
Menteri boleh melantik mana-mana anggota yang disebut dalam perenggan (2)(a) untuk menjadi pengerusi sesuatu Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak.
Sesuatu Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak hendaklah diselia oleh seorang pegawai akhlak atau Pelindung dan hendaklah mempunyai kuasa untuk membawa turut serta dari semasa ke semasa mana-mana orang lain yang semunasabahnya diperlukan olehnya untuk membantunya melaksanakan fungsi dan kewajipannya atau sebagaimana yang diperlukan oleh hal keadaan setiap kes, termasuklah mana-mana orang yang layak untuk memberikan nasihat tentang faktor-faktor peribumi, etnik, kebudayaan atau agama yang berkaitan.”.
s 14Seksyen baharu 8a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 8
seksyen yang berikut:
“Pelantikan Pembantu Pelindung 8a. Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik mana-mana orang untuk menjalankan kuasa dan
Kanak-Kanak (Pindaan)
17
melaksanakan kewajipan seorang Pembantu Pelindung di bawah seksyen 18, 19 dan 20 tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.”.
s 15Pindaan seksyen 9
Seksyen 9 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “Pendaftar Besar” dengan perkataan “Ketua Pendaftar”;
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“Pendaftar Besar Kanak-Kanak Yang Memerlukan
Pelindungan” dengan perkataan “Ketua Pendaftar Kanak-Kanak”;
dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan “Yang
Memerlukan Pelindungan”; dan
dalam subseksyen (3), dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “Pendaftar Besar” dengan perkataan “Ketua Pendaftar”.
s 16Pindaan seksyen 14
Seksyen 14 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“memerintahkan supaya” perkataan “peletakan,”; dan
dalam subseksyen (1)—
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) peletakan atau penahanan seseorang kanak-kanak di sesuatu tempat tahanan, tempat perlindungan, asrama akhlak, sekolah diluluskan, Sekolah Henry Gurney, institusi atau pusat yang diluluskan;”;
Undang-Undang Malaysia 18
dalam perenggan (b)—
dengan memasukkan selepas perkataan
“Pegawai Kebajikan Masyarakat” perkataan
“, Pelindung”; dan
dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu;
dengan menggantikan koma di hujung perenggan (c)
dengan perkataan “; atau”;
dengan memasukkan selepas perenggan (c)
perenggan yang berikut:
“(d) tempoh perintah khidmat masyarakat,”;
dan
dengan menggantikan perkataan “tahanan, pengawasan atau percubaan” dengan perkataan
“peletakan, penahanan, pengawasan, percubaan atau khidmat masyarakat”.
s 17Pindaan seksyen 15
Seksyen 15 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1)—
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “langkah-langkah itu” perkataan “semasa penyiasatan atau”;
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“Bahagian V” dengan perkataan “Bahagian V,
VI dan VIII”;
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(ba) mana-mana kanak-kanak yang ditahan di bawah Bahagian VII;”; dan
Kanak-Kanak (Pindaan)
dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan
“yang dinyatakan dalam Jadual Pertama” dengan perkataan “di bawah mana-mana undang-undang bertulis”; dan
dalam subseksyen (3)—
dengan menggantikan perkataan “Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak, dalam apa-apa kes” dengan perkataan “Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau, dalam hal keadaan yang memerlukan tindakan segera, Majistret”;
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “Mahkamah Bagi Kanak-Kanak”
perkataan “atau Majistret”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “Mahkamah”
perkataan “atau Majistret itu”.
s 18Pindaan seksyen 17
Subseksyen 17(1) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan
“anggota keluarga luasnya” dengan perkataan “saudaranya”;
dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
“(c) ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu—
tidak layak, atau telah mengabaikan, atau tidak berupaya, untuk menjalankan; atau
telah bertindak secara cuai dalam menjalankan, pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak itu;”;
Undang-Undang Malaysia 20
dalam perenggan (e)—
dengan menggantikan koma di hujung subperenggan
dengan koma bertitik; dan
dengan memotong perkataan “dan tiada orang lain yang sesuai sanggup dan berupaya memelihara kanak-kanak itu;”;
dengan memotong perenggan (h); dan
dalam perenggan (k)—
dengan memotong perkataan “atau” di hujung subperenggan (i);
dengan menggantikan noktah di hujung subperenggan (ii) dengan perkataan “; atau”; dan
dengan memasukkan selepas subperenggan (ii)
subperenggan yang berikut:
“(iii) menjalankan apa-apa aktiviti lain yang menyalahi undang-undang.”.
s 19Pindaan seksyen 18
Seksyen 18 Akta ibu dipinda—
dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1);
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “Pelindung” di mana-mana jua terdapat perkataan
“, Pembantu Pelindung”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(2) Seseorang Pelindung yang mengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen ini hendaklah, sebaik selepas pengambilan itu, menyebabkan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu diberitahu tentang pengambilan itu.
Kanak-Kanak (Pindaan)
Seseorang Pembantu Pelindung atau pegawai polis yang mengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen ini hendaklah—
sebaik selepas pengambilan itu, memberitahu
Pelindung tentang pengambilan itu dan menyebabkan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu diberitahu tentang pengambilan itu; dan
dalam masa dua belas jam selepas pengambilan itu, membawa kanak-kanak itu ke hadapan
Pelindung.
Jika kanak-kanak yang dibawa ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen ini lepas lari atau dipindahkan tanpa kebenaran yang sah, Pelindung hendaklah menyiasat hal keadaan kes itu dan memberitahu ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu tentang pelepasan lari atau pemindahan kanak-kanak itu.
Mana-mana kanak-kanak yang dibawa ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen ini yang lepas lari atau dipindahkan tanpa kebenaran yang sah boleh ditangkap tanpa waran oleh Pelindung, Pembantu
Pelindung atau pegawai polis.
Jika kanak-kanak itu ditangkap oleh Pelindung, kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak oleh Pelindung mengikut seksyen 19.
Jika kanak-kanak itu ditangkap oleh Pembantu
Pelindung atau pegawai polis, kanak-kanak itu hendaklah dengan serta-merta dibawa ke hadapan Pelindung dan Pelindung hendaklah membawa kanak-kanak itu ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut seksyen 19.
Mana-mana orang yang—
memindahkan seseorang kanak-kanak daripada jagaan sementara di bawah subseksyen (1)
tanpa kebenaran yang sah;
Undang-Undang Malaysia 22
dengan sedar membantu atau mendorong, secara langsung atau tidak langsung, seseorang kanak-kanak untuk lepas lari daripada jagaan sementara di bawah subseksyen (1); atau
dengan sedar menyorokkan atau menyembunyikan seseorang kanak-kanak yang telah lepas lari sedemikian, atau menghalang kanak-kanak itu untuk kembali ke dalam jagaan sementara di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.
s 20Pindaan seksyen 19
Seksyen 19 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak”
perkataan “oleh Pelindung”;
dalam subseksyen (2)—
dengan menggantikan perkataan “diletakkan” dengan perkataan “diletakkan buat sementara”; dan
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “tempat selamat” perkataan “atau pusat”;
dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “tempat selamat” di mana-mana jua terdapat perkataan “atau pusat”; dan
dengan memotong subseksyen (4) dan (5).
s 21Pindaan seksyen 20
Seksyen 20 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan “atau pegawai polis” di mana-mana jua terdapat;
Kanak-Kanak (Pindaan)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Jika Pembantu Pelindung atau pegawai polis yang mengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen 18 berpendapat bahawa kanak-kanak itu memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan, Pembantu Pelindung atau pegawai polis itu boleh tidak membawa kanak-kanak itu ke hadapan Pelindung di bawah perenggan 18(3)(b)
sebaliknya mengemukakan kanak-kanak itu ke hadapan seorang pegawai perubatan.”;
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “Pelindung” perkataan “, Pembantu Pelindung”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Jika kanak-kanak yang dibawa ke dalam jagaan sementara oleh Pembantu Pelindung atau pegawai polis—
dikemukakan ke hadapan seorang pegawai perubatan di bawah subseksyen (1a); atau
ialah seorang pesakit di suatu hospital dan ditinggalkan di hospital itu di bawah subseksyen
, untuk menjalani pemeriksaan atau rawatan perubatan,
Pembantu Pelindung atau pegawai polis itu hendaklah memberitahu Pelindung mengenai tindakannya itu.”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Jika Pembantu Pelindung tidak mengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen 18 tetapi dia berpuas hati atas alasan yang munasabah bahawa kanak-kanak itu memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan, dia boleh, dengan kelulusan Pelindung, mengarahkan secara bertulis orang yang pada hematnya sedang memelihara kanak-kanak itu supaya membawa kanak-kanak itu kepada seorang pegawai perubatan dengan serta-merta.”; dan
Undang-Undang Malaysia 24
dalam subseksyen (4)—
dengan menggantikan perkataan “subseksyen (3)”
dengan perkataan “subseksyen (3) dan (3a)”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “Pelindung”
perkataan “, Pembantu Pelindung”.
s 22Pindaan seksyen 21
Seksyen 21 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “20(1)” perkataan “, (1a)”.
Pindaan seksyen 25
dengan menggantikan perkataan “diletakkan” dengan perkataan “diletakkan buat sementara”; dan
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan
“tempat selamat” perkataan “atau pusat”.
s 24Pindaan seksyen 27
Subseksyen 27(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Pelindung” dengan perkataan “Pegawai Kebajikan
Masyarakat”.
s 25Pindaan seksyen 28
Seksyen 28 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“Pelindung” dengan perkataan “Pegawai Kebajikan
Masyarakat”;
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“dilepaskan dengan bon atas syarat-syarat yang hendaklah ditentukan oleh Mahkamah” dengan perkataan “didenda
Kanak-Kanak (Pindaan)
25
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya”;
dan
dengan memotong subseksyen (3).
s 26Pindaan seksyen 29
Subseksyen 29(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Pelindung” dengan perkataan “Pegawai Kebajikan
Masyarakat”.
s 27Seksyen baharu 29a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29
seksyen yang berikut:
“Maklumat mengenai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan 29a. Jika mana-mana orang, selain orang yang disebut dalam seksyen 27, 28 dan 29, mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seseorang kanak-kanak telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi akibat teraniaya, terabai, terbuang atau terdedah, atau teraniaya dari segi seks, dia bolehlah memberikan maklumat itu kepada seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat.”.
Pindaan seksyen 30
Bahagian X