Price Control and Anti-Profiteering Act 2011 · Updated to 1 Nov 2018 · Bahagian II · Penentuan Harga dan Caj
10b. Section 10b
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan yang ditetapkan oleh Menteri, mana-mana orang mempamerkan, mengiklankan, menyiarkan atau menyebut atau menyebabkan untuk dipamerkan, diiklankan, disiarkan atau disebut harga apa-apa barangan atau caj bagi apa-apa perkhidmatan, mengikut apa-apa cara, orang itu hendaklah memasukkan dalam harga atau caj itu—
**(a) semua cukai, duti dan caj kerajaan; dan
*CATATAN—Seksyen 10a tidak lagi terpakai berikutan dengan pemansuhan Akta Cukai Barang dan
Perkhidmatan 2014 [Akta 762] yang telah berkuat kuasa pada 1 September 2018–lihat seksyen 3
Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 [Akta 805].
**CATATAN—Ungkapan “kecuali jika suatu kelulusan di bawah subseksyen 9(7) Akta Cukai
Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] telah diperoleh,” tidak lagi terpakai berikutan dengan pemansuhan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] yang telah berkuat kuasa pada 1 September 2018–lihat seksyen 3 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan)
2018 [Akta 805].
Kawalan Harga dan Antipencatutan 13
semua caj lain yang hendak dikenakan oleh orang itu ke atas barangan atau perkhidmatan itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Kuasa Pengawal untuk mendapatkan maklumat 10c. (1) Pengawal boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barangan atau perkhidmatan untuk memberi
Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa penyata, dokumen atau maklumat yang mengandungi harga apa-apa barangan atau caj bagi apa-apa perkhidmatan yang dikenakan oleh orang itu dan apa-apa maklumat lain yang difikirkan perlu oleh Pengawal.
Mana-mana orang yang diarahkan untuk memberikan apa-apa penyata, dokumen atau maklumat di bawah subseksyen (1)
hendaklah memberikan penyata, dokumen atau maklumat yang benar, tepat dan lengkap.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan.
Bahagian III
Kesalahan
Bahagian IV
Antipencatutan
Bahagian V
Penalti
Bahagian VI
Penyiasatan dan Penguatkuasaan
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bahagian VII