Skip to content
In forceAmendedUpdated to 1 Nov 2018Read it in English

Act of Parliament

Price Control and Anti-Profiteering Act 2011

Price controls on goods and services, and a ban on profiteering

In plain English

Not legal advice

This Act controls the prices of goods and the charges for services. It also bans profiteering. It comes into force on a date the minister sets, and different parts may start on different dates. During an investigation, an assistant controller may use a written notice to direct a person to give information or documents. Refusing or failing to follow such a direction is an offence.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kawalan Harga dan

Antipencatutan 2011.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“barangan” ertinya tiap-tiap jenis harta, sama ada ketara atau tidak ketara, sama ada harta alih atau tak alih, tetapi tidak termasuk wang dan hak dalam tindakan;

Undang-Undang Malaysia 8

“barangan harga terkawal” ertinya barangan yang berkenaan dengannya harga maksimum atau minimum atau tetap ditentukan di bawah seksyen 4;

“caj” ertinya apa-apa jumlah wang atau apa-apa bentuk balasan yang diberikan sebagai pertukaran bagi apa-apa perkhidmatan;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“elektronik” ertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optik, magnetik, elektromagnetik, biometrik, fotonik atau teknologi lain yang seumpamanya;

“harga” ertinya apa-apa jumlah wang atau apa-apa bentuk balasan yang diberikan sebagai pertukaran bagi apa-apa barangan;

“jualan” termasuklah sesuatu jualan barangan oleh seorang ejen bagi pihak prinsipalnya atau oleh seorang pekhidmat bagi pihak majikannya, sesuatu jualan barangan dengan komisen atau konsainan bagi jualan dan sesuatu perjanjian untuk menjual dan sesuatu tawaran untuk menjual;

“membekalkan” dengan apa-apa cara, termasuklah melalui transaksi elektronik—

(a)

berhubungan dengan barangan, ertinya pembekalan, termasuk pembekalan semula, secara penjualan, pertukaran, pajakan, sewaan atau sewa beli barangan itu; dan

(b)

berhubungan dengan perkhidmatan, ertinya pengadaan secara penjualan, pemberian atau pembekalan perkhidmatan itu;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;

“pegawai yang diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam atau pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa di bawah subseksyen 3(6);

“Pengawal” ertinya Pengawal Harga yang dilantik di bawah seksyen 3;

Kawalan Harga dan Antipencatutan 9

“Penolong Pengawal” ertinya Penolong Pengawal Harga yang dilantik di bawah seksyen 3;

“perkhidmatan” ertinya apa-apa yang dilakukan atau akan dilakukan termasuk pemberian, penyerahhakan atau penyerahan apa-apa hak atau penyediaan apa-apa kemudahan atau kebaikan, tetapi tidaklah termasuk pembekalan barangan atau wang;

“perkhidmatan caj terkawal” ertinya perkhidmatan yang berkenaan dengannya caj maksimum atau minimum atau tetap ditentukan di bawah seksyen 5;

“premis” ertinya apa-apa tempat, yang tidak bergerak atau sebaliknya, yang ditubuhkan atau didirikan oleh mana-mana orang, sama ada tempat itu dengan atau tanpa kepungan, dan termasuklah kenderaan, pesawat udara, kapal laut dan apa-apa vesel lain;

“Timbalan Pengawal” ertinya Timbalan Pengawal Harga yang dilantik di bawah seksyen 3.

(1)

Menteri boleh melantik, daripada kalangan pegawai awam, seorang Pengawal Harga, apa-apa bilangan Timbalan Pengawal

Harga dan apa-apa bilangan Penolong Pengawal Harga dan pegawai lain sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini.

(2)

Pengawal Harga hendaklah, tertakluk kepada arahan dan kawalan am Menteri, melaksanakan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini.

(3)

Timbalan Pengawal Harga, Penolong Pengawal Harga dan pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah berada di bawah arahan dan kawalan Pengawal Harga.

(4)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 4,

5, 6 dan 7, Timbalan Pengawal Harga boleh melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan ke atas dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Pengawal Harga di bawah Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 10

(5)

Pengawal Harga dan Timbalan Pengawal Harga boleh melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan ke atas dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Penolong

Pengawal Harga di bawah Akta ini.

(6)

Menteri boleh memberi kuasa mana-mana pegawai awam atau pegawai pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan semua atau mana-mana kuasa di bawah Akta ini.

(7)

Semua pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun

Keseksaan [Akta 574].

Bahagian II

Penentuan Harga dan Caj

Bahagian III

Kesalahan

Bahagian IV

Antipencatutan

Bahagian V

Penalti

Bahagian VI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bahagian VII

Majlis Penasihat Harga

Bahagian VIII