Price Control and Anti-Profiteering Act 2011 · Updated to 1 Nov 2018 · Bahagian III · Kesalahan
Price Control and Anti-Profiteering Act 2011 · Updated to 1 Nov 2018 · Bahagian III · Kesalahan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang membeli atau menawarkan untuk membeli apa-apa barangan harga terkawal atau memperoleh atau menawarkan untuk memperoleh apa-apa perkhidmatan caj terkawal selain mengikut harga atau caj yang ditentukan oleh Pengawal di bawah seksyen 4, 5 atau 7 melakukan suatu kesalahan.
Dalam mana-mana prosiding bagi kesalahan di bawah subseksyen (1), menjadi pembelaan bagi orang yang dipertuduh untuk membuktikan bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan dan bertindak dengan suci hati dalam membeli atau menawarkan untuk membeli apa-apa barangan harga terkawal atau memperoleh atau menawarkan untuk memperoleh apa-apa perkhidmatan caj terkawal pada harga atau caj selain mengikut harga atau caj yang ditentukan oleh Pengawal.
Bahagian IV
Bahagian V
Bahagian VI
Bahagian VII