Price Control and Anti-Profiteering Act 2011 · Updated to 1 Nov 2018 · Bahagian IV · Antipencatutan
Price Control and Anti-Profiteering Act 2011 · Updated to 1 Nov 2018 · Bahagian IV · Antipencatutan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri hendaklah menetapkan mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah dan jenis mekanisme yang berlainan boleh ditetapkan untuk memenuhi keadaan dan hal keadaan yang berlainan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.
Mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah yang disebut dalam subseksyen (1) adalah termasuk
Menteri menentukan suatu tempoh tertentu yang tidak boleh ada kenaikan margin keuntungan bersih bagi apa-apa barangan atau perkhidmatan.
Dalam merumuskan mekanisme di bawah subseksyen (1),
Menteri boleh mempertimbangkan perkara yang berikut:
apa-apa pengenaan cukai;
kos pembekal;
apa-apa kos yang ditanggung dalam penjalanan atau penerusan perniagaan;
keadaan penawaran dan permintaan;
keadaan dan hal keadaan geografi atau pasaran produk;
atau
apa-apa perkara berkaitan yang lain berhubungan dengan harga barangan atau caj bagi perkhidmatan.
Undang-Undang Malaysia 16
Bahagian V
Bahagian VI
Bahagian VII