Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2018Read it in English
Contents

Bab 2

25. Komunikasi terlindung

(1)

Tiada seorang pun boleh dikehendaki, di bawah mana-mana peruntukan Bahagian ini, supaya memberikan atau menzahirkan apa-apa komunikasi antara seorang penasihat undang-undang profesional dengan pelanggannya yang dilindungi daripada penzahiran mengikut seksyen 126 Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

(2)

Jika—

(a)

Pengawal membuat suatu kehendak di bawah seksyen 21

terhadap seorang peguam bela dan peguam cara berkenaan dengan maklumat atau dokumen; dan

Undang-Undang Malaysia 22

(b)

maklumat atau dokumen itu mengandungi komunikasi terlindung yang dibuat oleh atau bagi pihak atau kepada peguam bela dan peguam cara itu atas sifatnya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara, peguam bela dan peguam cara itu berhak untuk enggan mematuhi kehendak itu melainkan jika orang yang kepadanya atau olehnya atau bagi pihaknya komunikasi itu dibuat atau, jika orang itu ialah pertubuhan perbadanan yang di bawah penerimaan atau sedang digulung, penerima atau pelikuidasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersetuju supaya peguam bela dan peguam cara itu mematuhi kehendak itu, tetapi jika peguam bela dan peguam cara itu enggan untuk mematuhi kehendak sedemikian, peguam bela dan peguam cara itu hendaklah dengan segera memberi Pengawal secara bertulis nama dan alamat orang yang kepadanya atau olehnya atau bagi pihaknya komunikasi itu dibuat.

Report