Price Control and Anti-Profiteering Act 2011 · Updated to 1 Nov 2018 · Bahagian VIII
58. Pengkompaunan kesalahan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pengawal boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Pengawal suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pengawal, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Kawalan Harga dan Antipencatutan 37
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen, data komputer, barangan dan benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Pegawal, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan mengikut syarat kompaun itu.
Semua wang yang diterima oleh Pengawal di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan
Persekutuan.