Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 · Updated to 15 Sep 2025 · Bahagian VI
Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 · Updated to 15 Sep 2025 · Bahagian VI
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta Lembaga Padi dan Beras Negara 1971 dimansuhkan dan Lembaga yang ditubuhkan di bawahnya dibubarkan.
Walau apa pun subseksyen (1), apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya atau mengikut Akta yang dimansuhkan itu hendaklah, setakat mana ia tidak berlawanan dengan Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga dipinda, dibatal atau digantikan oleh peraturan-peraturan baharu yang dibuat di bawah Akta ini.
Kecuali setakat yang diperuntukkan dengan nyata sebaliknya, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh—
menyentuh keesahan apa-apa lesen, permit atau kuasa yang diberi atau dikeluarkan di bawah Akta Lembaga
Padi dan Beras Negara 1971; atau
menyentuh apa-apa hak, hakmilik, kepentingan, kebebasan, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan.