Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 · Updated to 24 May 2024 · Bahagian III · Kekebalan Daripada Tindakan atau Penghakiman Terhadap Harta Negara Asing
17. Tindakan praperbicaraan terhadap harta Negara asing
Feedback & supportTiada tindakan praperbicaraan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap harta sesuatu Negara asing di hadapan mana-mana mahkamah melainkan jika—
Negara asing itu telah secara nyata bersetuju dengan pengambilan tindakan itu sebagaimana yang diperuntukkan—
dalam suatu perjanjian antarabangsa;
dalam suatu perjanjian timbang tara atau dalam suatu kontrak bertulis; atau
dalam suatu perisytiharan di hadapan mahkamah atau dalam suatu komunikasi bertulis selepas pertikaian antara pihak-pihak timbul; atau
Undang-Undang Malaysia 18
Negara asing itu telah memperuntukkan harta itu bagi menunaikan tuntutan yang menjadi matlamat prosiding itu.