Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 · Updated to 24 May 2024 · Bahagian IV · Majlis Kekebalan Negara Asing
22. Kuasa Majlis
Feedback & supportMajlis hendaklah mempunyai kuasa dan boleh melakukan segala perkara yang perlu bagi atau berkaitan dengan atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini termasuk—
untuk memperakui secara bertulis apa-apa fakta yang berhubungan dengan persoalan sama ada sesuatu negara atau seseorang, mengikut mana-mana yang berkenaan, ialah sesuatu Negara asing, seseorang ketua Negara atau seseorang ketua Kerajaan mengikut pengertian Akta ini;
untuk memperakui secara bertulis apa-apa perkara yang berhubungan dengan kekebalan Negara asing;
untuk mengawal dan menyelaras agensi Kerajaan yang berhubungan dengan penyampaian apa-apa kertas kausa atau dokumen lain yang timbul daripada mana-mana prosiding; dan
untuk melantik apa-apa jawatankuasa yang difikirkan perlu dan suai manfaat oleh Majlis untuk membantu Majlis dalam melaksanakan mana-mana fungsinya dan dalam penjalanan kuasanya.