Seksyen 8
of Akta Keretapi (Syarikat Pengganti) 1991
Seksyen 8
(1)
Syarikat pengganti hendaklah menyetujuterima untuk mengambil kerja, pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh itu adalah anggota kakitangan Pentadbiran Keretapi dan yang telah diberi suatu pilihan oleh Kerajaan Malaysia dan telah memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat itu.
(2)
Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengganti hendaklah diambil kerja oleh syarikat itu atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang dia berhak kepadanya sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.
________________________________
13
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 464
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
TIADA
14
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 464
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
TIADA