Skip to content

Seksyen 10

Peruntukan mengenai orang yang disahtarafkan oleh undang-undang luar

of Akta Kesahtarafan 1961

ActIn forceProvision 11 of 13
Seksyen 10
(1)

Jika ibu bapa orang tidak sah taraf mengahwini atau telah mengahwini satu sama lain, sama ada sebelum, atau selepas tarikh yang ditetapkan, dan pada masa perkahwinan itu bapa orang tidak sah taraf itu telah atau yang berdomisil di sesuatu negara, selain Malaysia, dan menurut undang-undang negara itu orang tidak sah taraf itu telah menjadi sah taraf oleh sebab perkahwinan kemudian itu, orang itu, jika hidup, hendaklah diiktiraf di

Malaysia sebagai telah disahtarafkan sedemikian dari tarikh yang ditetapkan atau dari tarikh perkahwinan itu, mengikut mana-mana yang terkemudian, walaupun pada masa orang itu dilahirkan bapanya tidak berdomisil di suatu negara yang pengesahtarafan melalui perkahwinan kemudian dibenarkan oleh undang-undang.

(2)

Segala peruntukan Akta ini berhubungan dengan orang disahtarafkan dan pengambilan kepentingan mengenai harta oleh atau sebagai waris kepada orang disahtarafkan dan suami atau isteri, anak dan zuriat jauh orang disahtarafkan hendaklah terpakai dalam hal seseorang yang diiktiraf telah disahtarafkan di bawah seksyen ini, atau yang akan, jika dia masih hidup selepas perkahwinan ibu bapanya, diiktiraf sedemikian; dan oleh itu Akta ini hendaklah berkuatkuasa seolah-olah sebutan dalamnya mengenai orang disahtarafkan termasuk seseorang yang diiktiraf sedemikian sebagai telah disahtarafkan.