Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

11. Hak anak tidak sah taraf dan ibu anak tidak sah taraf untuk mewarisi apabila salah seorang daripada mereka mati tidak berwasiat

Feedback & support
(1)

Jika, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, ibu seseorang anak tidak sah taraf, jika anak itu bukan orang disahtarafkan, mati tidak berwasiat berkenaan dengan kesemua atau mana-mana hartanya, dan tidak meninggalkan zuriat sah taraf yang hidup pada masa dia mati, anak yang tidak sah taraf itu, atau, jika dia telah mati, zuriatnya, berhak mengambil apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang dia atau zuriatnya akan berhak mengambilnya jika dia telah dilahirkan sah taraf.

(2)

Jika, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, seseorang anak tidak sah taraf, yang bukan orang disahtarafkan, mati tidak berwasiat berkenaan dengan kesemua atau mana-mana hartanya, ibunya, jika masih hidup, berhak mengambil apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang dia akan berhak mengambilnya jika anak itu dilahirkan sah taraf dan dia sahaja ibu atau bapa yang masih hidup.

Report