Amendment Act · As enacted
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2014
Amends the Security Offences (Special Measures) Act 2012Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2014.
s 2Pindaan seksyen 6
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
[Akta 747], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 6 teks bahasa kebangsaan—
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perenggan (a)
dengan perenggan yang berikut:
“(a) menghendaki pemberi perkhidmatan komunikasi untuk memintas dan menyimpan komunikasi tertentu atau komunikasi daripada perihalan tertentu yang diterima atau dihantar, atau yang akan diterima atau dihantar oleh pemberi perkhidmatan komunikasi itu; atau”; dan
UNDANG-UNDANG malaysia
AKTA Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2014
4
Undang-Undang Malaysia
dalam subseksyen (7), dengan memotong perkataan
“komunikasi” yang terdapat selepas perkataan
“telegraf,”.
s 3Pindaan seksyen 30
Seksyen 30 Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Apabila Pendakwa Raya memfailkan suatu notis rayuan terhadap pembebasan itu, Pendakwa Raya boleh memohon kepada mahkamah perbicaraan bagi mendapatkan suatu perintah untuk memenjarakan tertuduh yang direman dalam jagaan polis itu sementara menunggu beresnya rayuan itu.”.
s 4Penggantian Jadual Pertama
Akta ibu dipinda dengan menggantikan Jadual Pertama dengan
Jadual yang berikut:
“Jadual Pertama
(Seksyen 3)
KESALAHAN KESELAMATAN
Kanun Keseksaan [Akta 574]:
Kesalahan di bawah Bab VI
Kesalahan di bawah Bab VIa
Kesalahan di bawah Bab VIb
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007
[Akta 670]:
Kesalahan di bawah Bahagian IIIa”.