Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2014 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 30 Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Apabila Pendakwa Raya memfailkan suatu notis rayuan terhadap pembebasan itu, Pendakwa Raya boleh memohon kepada mahkamah perbicaraan bagi mendapatkan suatu perintah untuk memenjarakan tertuduh yang direman dalam jagaan polis itu sementara menunggu beresnya rayuan itu.”.