Skip to content

Seksyen 2

Tafsiran

of Akta Kesihatan Mental 2001

ActIn forceProvision 2 of 94
Seksyen 2
(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

“ahli psikiatri’ ertinya seseorang pengamal perubatan berdaftar yang mempunyai kelayakan, latihan dan pengalaman dalam disiplin psikiatri yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“hospital psikiatri” ertinya hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta termasuk hospital psikiatri swasta yang diwartakan;

“hospital psikiatri kerajaan” ertinya mana-mana premis yang ditetapkan sebagai hospital psikiatri kerajaan di bawah seksyen 3;

“hospital psikiatri swasta” ertinya mana-mana premis yang dilesenkan sebagai hospital psikiatri swasta di bawah Akta

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998

[Akta 586];

“hospital psikiatri swasta yang diwartakan” ertinya hospital psikiatri swasta yang diwartakan di bawah seksyen 4;

“hospital psikiatri yang diluluskan” ertinya hospital psikiatri kerajaan yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 22;

“kecelaruan mental” ertinya apa-apa penyakit mental, atau perkembangan fikiran yang terbantut atau tidak sempurna, kecelaruan psikiatri atau apa-apa kecelaruan atau ketakdayaan fikiran lain tidak kira bagaimana sekalipun diperoleh; dan “bercelaru mental”

hendaklah ditafsirkan sewajarnya;

“Kementerian” ertinya Kementerian Kesihatan, Malaysia;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;

“Lembaga” ertinya Lembaga Pelawat yang dilantik di bawah seksyen 38;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen atau

Mahkamah Majistret atau Mahkamah Syariah mengikut kehendak

Kesihatan Mental 11

konteksnya, dan termasuk seseorang Hakim sama ada yang bersidang di Mahkamah atau di dalam Kamar;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;

“orang yang bertanggungjawab”

ertinya orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan dan pengawalan sesuatu hospital psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan penyeliaan kakitangan perubatan, kakitangan rawatan, kakitangan teknikal dan kakitangan sampingan yang diambil kerja di hospital rumah jagaan, atau pusat itu.

“pegawai kebajikan masyarakat” ertinya mana-mana pegawai kebajikan masyarakat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia, atau dalam Kementerian atau Jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;

“pegawai perubatan” ertinya pengamal perubatan berdaftar dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia;

“pegawai polis” ertinya mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia;

“Pelawat” ertinya anggota Lembaga Pelawat yang dilantik di bawah seksyen 38;

“pemegang lesen” ertinya orang yang kepadanya suatu lesen bagi suatu hospital psikiatri swasta atau suatu rumah kejururawatan psikiatri swasta atau suatu pusat kesihatan mental masyarakat swasta, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah dikeluarkan di bawah

Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Mahkamah Tinggi, dan termasuk mana-mana Timbalan Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar

Mahkamah Tinggi;

“pengamal perubatan berdaftar” ertinya seseorang yang didaftarkan sebagai yang sedemikian di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50]

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

dan memegang perakuan amalan yang sah di bawah Akta itu;

“Pengarah Perubatan” ertinya—

(a)

Pengarah Perubatan sesuatu hospital psikiatri yang dilantik di bawah subseksyen 5(1) atau seksyen 6, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan termasuk

Timbalan Pengarah Perubatan yang dilantik di bawah seksyen itu; dan

(b)

Ketua Psikiatri yang dilantik di bawah subseksyen 5(2);

“penjaga”, berhubung dengan orang yang belum dewasa, ertinya ibu atau bapa atau ibu bapa orang yang belum dewasa itu, atau orang yang dilantik dengan sah melalui wasiat atau dengan perintah suatu

Mahkamah berwibawa sebagai penjaga kepada orang yang belum dewasa itu, atau seorang yang mempunyai jagaan sah kepada orang yang belum dewasa;

“pesakit sukarela” ertinya seseorang yang dimasukkan ke dalam suatu hospital psikiatri di bawah seksyen 9;

“pesakit tidak sukarela” ertinya seseorang yang dimasukkan ke dalam suatu hospital psikiatri di bawah seksyen 10, atau yang ditahan di hospital itu di bawah subseksyen 9(5) atau 14(1) atau 14(3), atau yang diterima masuk ke dalam hospital psikiatri melalui perintah

Mahkamah di bawah seksyen 73;

“pusat kesihatan mental masyarakat” ertinya suatu pusat kesihatan mental masyarakat kerajaan atau suatu pusat kesihatan mental masyarakat swasta, dan termasuk pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan;

“pusat kesihatan mental masyarakat kerajaan” ertinya mana-mana premis yang ditetapkan sebagai pusat kesihatan mental kerajaan di bawah seksyen 33;

“pusat kesihatan mental masyarakat swasta” ertinya mana-mana premis yang dilesenkan sebagai pusat kesihatan mental masyarakat

Kesihatan Mental 13

swasta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Kesihatan Swasta 1998;

“pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan”

ertinya pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan di bawah seksyen 34;

“rakan”, berhubung dengan orang bercelaru mental, ertinya—

(a)

seseorang, selain saudara, yang berumur lapan belas tahun atau lebih yang dengannya orang yang bercelaru mental pada lazimnya tinggal (atau jika orang bercelaru mental itu pada masa itu merupakan seorang pesakit yang dimasukkan ke dalam suatu hospital psikiatri, yang dengannya dia terakhir pada lazimnya tinggal sebelum dia dimasukkan), dan yang dengannya dia telah atau pernah pada lazimnya tinggal selama suatu tempoh yang tidak kurang daripada dua tahun; atau

(b)

sesuatu badan atau organisasi yang diiktiraf oleh Menteri di bawah subseksyen (4);

“rumah jagaan kejururawatan psikiatri” ertinya rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan atau rumah jagaan kejururawatan swasta, dan termasuk rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan;

“rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan”

ertinya mana-mana premis yang ditetapkan sebagai rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan di bawah seksyen 27;

“rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta” ertinya mana-mana premis yang dilesenkan sebagai rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Kesihatan Swasta 1998;

“rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan”

ertinya rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan di bawah seksyen 28;

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

“saudara” ertinya mana-mana orang yang berikut yang berumur 18

tahun atau lebih:

(a)

suami atau isteri;

(b)

anak lelaki atau perempuan;

(c)

bapa atau ibu;

(d)

adik beradik;

(e)

datuk atau nenek;

(f)

cucu;

(g)

bapa atau ibu saudara sebelah bapa atau ibu;

(h)

anak saudara.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam takrif “kecelaruan mental” dalam subseksyen (1) boleh ditafsirkan sebagai menyiratkan bahawa seseorang itu boleh diuruskan di bawah Akta ini sebagai mengidap kecelaruan mental hanya atas sebab kecabulannya atau kelakuan tidak bermoral yang lain, penyimpangan seksual, penggunaan arak atau dadah, atau jika dia menyatakan atau enggan atau gagal menyatakan pendapat atau kepercayaan politik atau agama yang tertentu, atau keperibadiannya yang antisosial.

(3)

Subseksyen (2) tidak menghalang kesan fisiologi, biokemikal atau psikologi serius sementara atau kekal, akibat penggunaan dadah atau arak, daripada dianggap sebagi suatu tanda bahawa seseorang itu berpenyakit mental.

(4)

Menteri boleh mengiktiraf sesuatu badan atau organisasi sebagai “rakan” jika Menteri berpuas hati tentang pewatakan dan kesesuaian anggota lembaga pengarah atau jawatankuasa atau badan pengelola lain badan atau organisasi itu.

Kesihatan Mental 15