Mental Health Act 2001 · Updated to 1 Feb 2014 · Bahagian II
8. Kemasukan pesakit ke dalam hospital psikiatri
Feedback & supportKecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, tiada seorang pun boleh dimasukkan ke dalam hospital psikiatri melainkan—
atas arahan seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah seksyen 14;
sebagai seorang pesakit sukarela;
atas arahan seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah subseksyen 9(5) atau 14(1)
atau 14(3);
mengikut seksyen 10;
dengan perintah Mahkamah di bawah seksyen 55 atau 73;
atas perintah Mahkamah atau Pendakwa Raya di bawah seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] atau
Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertua
Negeri sesuatu Negeri di bawah seksyen 344 atau 348
Kanun Tatacara Jenayah, atau dengan perintah pihak
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 615
berkuasa yang berkaitan di bawah peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain; atau
kerana dipindahkan dari hospital psikiatri lain, atau semasa kembali dari bercuti, atau apabila ditahan semula selepas tidak hadir tanpa kebenaran.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghalang mana-mana pesakit sukarela daripada menerima jagaan, rawatan atau pemulihan di mana-mana hospital kerajaan yang lain atau di mana-mana hospital swasta yang dilesenkan di bawah Akta
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.