Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2013Read it in English
Contents

Bahagian II · Proklamasi Bahaya Kepada Ketenteraman

3. Proklamasi keadaan bahaya kepada ketenteraman awam

Feedback & support
(1)

Jika, pada pendapat Menteri, ketenteraman awam dalam mana-mana kawasan di Malaysia adalah terganggu atau terancam dengan beratnya Menteri boleh, jika difikirkan perlu bagi maksud menyenggara atau memulihkan ketenteraman awam dalam kawasan itu untuk berbuat demikian, memproklamasikan wujudnya dalam kawasan itu suatu keadaan bahaya kepada ketenteraman awam.

(2)

Tiap-tiap proklamasi yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah terpakai hanya bagi kawasan yang dinyatakan di dalamnya dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan oleh

Menteri atau terhenti berkuat kuasa mengikut subseksyen (3).

(3)

Tiap-tiap proklamasi yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang telah dilakukan terdahulu menurut seksyen itu, terhenti berkuat kuasa apabila habisnya tempoh satu bulan dari tarikh ia dibuat:

Dengan syarat bahawa suatu proklamasi yang berkuat kuasa boleh diperbaharui melalui perisytiharan Menteri dari semasa ke semasa selama tempoh, yang tidak melebihi satu bulan pada suatu masa, yang ditetapkan dalam perisytiharan itu.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 296

(4)

Suatu proklamasi yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan suatu perisytiharan pembaharuan yang dibuat di bawah subseksyen (3) hendaklah disiarkan mengikut apa-apa cara yang difikirkan perlu oleh Menteri bagi memberitahu semua orang yang pada pendapatnya patut diberitahu mengenainya dan hendaklah mempunyai kuat kuasa sebaik sahaja notis itu diberikan, tanpa disiarkan dalam Warta.

(5)

Suatu salinan tiap-tiap proklamasi yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan tiap-tiap perisytiharan pembaharuan yang dibuat di bawah subseksyen (3) hendaklah disiarkan dalam Warta dan dibentangkan di Parlimen dengan seberapa segera yang mungkin setelah ia dibuat dan jika resolusi diluluskan oleh kedua-dua Majlis

Parlimen membatalkan proklamasi atau perisytiharan itu, maka ia hendaklah terhenti berkuat kuasa, walau apa pun subseksyen (2) dan

(3)

, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang telah dilakukan terdahulu menurut kuasa seksyen itu.

(6)

Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui surat di bawah tandatangannya mewakilkan kepada Menteri Besar atau Ketua

Menteri sesuatu Negeri penjalanan apa-apa kuasa yang diberikan kepada Menteri oleh seksyen ini dalam Negeri itu tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan oleh

Menteri.

(7)

Tiada perwakilan apa-apa kuasa di bawah subseksyen (6) boleh menyentuh penjalanan kuasa itu oleh Menteri.

Report

Bahagian III

Kuasa bagi Penyenggaraan Ketenteraman Awam

Bahagian IV

Kesalahan yang Berhubungan Dengan Ketenteraman Awam

Schedules