Seksyen 68
Pembuktian penyempurnaan dokumen yang dikehendaki oleh undang-undang supaya diaku saksi
ActIn forceProvision 68 of 168
Seksyen 68
Jika sesuatu dokumen dikehendaki oleh undang-undang supaya diaku saksi, dokumen itu tidaklah boleh digunakan sebagai keterangan sehingga sekurang-kurangnya seorang saksi yang mengakusaksinya telah dipanggil bagi maksud membuktikan penyempurnaannya, jika saksi yang mengakusaksinya masih hidup dan dia tertakluk kepada proses mahkamah dan berupaya memberikan keterangan.