Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bab VII · Beban Membuktikan

101. Beban membuktikan

Feedback & support
(1)

Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau liabiliti

Undang-Undang Malaysia 84

di sisi undang-undang, dengan bergantung pada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.

(2)

Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, dikatakan bahawa beban pembuktian terletak pada orang itu.

(a)

A berhasrat supaya mahkamah memberikan penghakiman supaya B dihukum kerana suatu jenayah yang dikatakan oleh A telah dilakukan oleh

B.

A mesti membuktikan bahawa B telah melakukan jenayah itu.

(b)

A berhasrat supaya mahkamah memberikan penghakiman bahawa dia berhak ke atas tanah tertentu yang ada dalam milikan B atas sebab fakta yang ditegaskan oleh A sebagai benar tetapi dinafikan oleh B.

A mestilah membuktikan kewujudan fakta itu.

Pada siapa letaknya beban membuktikan

Report