Seksyen 43
Seksyen 43
Akta Kewangan (Duti Harta Pusaka) 1980, yang disebut "Akta ibu" dalam Bab ini, adalah dipinda dengan menggantikan Jadual Pertama dengan Jadual Pertama baru yang berikut:
"JADUAL PERTAMA (Seksyen 5)
KADAR DUTI HARTA PUSAKA BAGI SESEORANG YANG MATI BERDOMISIL DI MANA-MANA BAHAGIAN DALAM MALAYSIA
Nilai Pokok Harta Pusaka
Nilai Pokok Harta Pusaka Kadar Duti
Bagi tiap-tiap ringgit dari $600,000 yang pertama ... ... ... ... ... ...
TIADA
Bagi tiap-tiap ringgit dari $100,000 yang berikut ... ... ... ... ... ...
12 peratus
Bagi tiap-tiap ringgit dari $100,000 yang berikut ... ... ... ... ... ...
16 peratus
Bagi tiap-tiap ringgit dari $200,000 yang berikut ... ... ... ... ... ...
20 peratus
Bagi tiap-tiap ringgit dari $300,000 yang berikut ... ... ... ... ... ...
25 peratus
Nilai Pokok Harta PusakaKadar DutiBagi tiap-tiap ringgit dari $500,000 yang berikut............30 peratusBagi tiap-tiap ringgit dari $500,000 yang berikut............35 peratusBagi tiap-tiap ringgit dari $1,000,000 yang berikut............40 peratusBagi tiap-tiap ringgit dari $1,000,000 yang berikut............45 peratusBagi tiap-tiap ringgit dari $1,000,000 yang berikut............50 peratusBagi tiap-tiap ringgit dari $1,000,000 yang berikut............55 peratusBagi tiap-tiap ringgit yang melebihi $6,300,000............60 peratus"