Akta Kewangan 2002 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab II · Pindaan Kepada Akta Cukai Pendapatan 1967
3. Permulaan kuat kuasa pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967
Feedback & supportSeksyen 4, 5, 7, perenggan 8(a), 8(b), 8(d), 8(e), 8(f), 8(g),
8(h), 8(i), 8(j), 8(l) dan 8(m), seksyen 9 dan perenggan 10(a), 10(b)
dan 10(c) Bab ini hendaklah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2002
dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 619 6
Perenggan 8(c) Bab ini hendaklah disifatkan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2000 dan hendaklah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2000 berhubung dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2000 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.
Perenggan 37F kepada Jadual 3 Akta Cukai Pendapatan 1967, yang disebut “Akta ibu” dalam Bab ini, seperti dimasukkan oleh perenggan 8(k) Bab ini hendaklah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2002 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.
Perenggan 37G dan 37H kepada Jadual 3 Akta ibu seperti dimasukkan oleh perenggan 8(k) Bab ini hendaklah disifatkan berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2001 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.
Perenggan 10(d) hendaklah disifatkan berkuat kuasa bagi tahun taksiran 1998 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.