Skip to content

Seksyen 46

Pindaan seksyen 21b

of Akta Kewangan 2010

ActIn forceProvision 50 of 64
Seksyen 46

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 21b dengan seksyen yang berikut:

“Kewajipan pemeroleh untuk memegang simpan dan membayar sebahagian daripada balasan 21b.  (1)  Jika sesuatu pelupusan yang seksyen 13 terpakai baginya, balasannya terdiri kesemuanya atau sebahagiannya daripada wang, pemeroleh hendaklah memegang simpan kesemua wang itu atau suatu jumlah wang tidak melebihi dua peratus daripada jumlah nilai balasan itu mengikut

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 702

mana-mana yang lebih rendah, dan (sama ada amaun itu dipegang simpan atau tidak) dia hendaklah dalam tempoh enam puluh hari selepas tarikh pelupusan itu membayar amaun itu kepada Ketua Pengarah:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah boleh dalam hal keadaan khas membenarkan pelanjutan masa bagi bayaran itu dibuat.