Akta Kewangan 2010 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian I · Bahagian I Jadual 5 kepada Akta ibu dipinda—
57. Peruntukan kecualian dan peralihan
Feedback & supportJika—
seseorang layak kepada suatu relief cukai menurut subseksyen 7(4) Akta ibu sebelum pindaan kepada subseksyen itu di bawah seksyen 40 Akta ini; dan
relief itu tidak dibenarkan sebagai suatu potongan daripada jumlah cukai yang ditaksir (sekiranya ada) oleh orang itu bagi tahun taksiran 2007, relief itu hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan daripada jumlah cukai yang ditaksir, dalam tahun pertama taksiran selepas tahun taksiran 2009 jika terdapat jumlah cukai yang ditaksirkan, dan demikianlah seterusnya bagi tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehingga kesemua amaun relief cukai itu dibenarkan sepenuhnya sebagai suatu potongan.
Bagi maksud perenggan (1)(b), tahun taksiran 2007 hendaklah merujuk kepada suatu tempoh yang berakhir pada 31 Mac 2007.