Seksyen 59
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990
dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 12 seksyen yang berikut:
“Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik Cukai 12a. (1) Maka hendaklah dibayar dari semasa ke semasa ke dalam Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik Cukai yang
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 702
ditubuhkan di bawah seksyen 111b Akta Cukai Pendapatan 1967 apa-apa amaun cukai yang dipungut di bawah Akta ini sebagaimana yang diberi kuasa oleh Menteri.
(2)
Wang daripada Kumpulan Wang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dipakai bagi membuat sesuatu pembayaran balik di bawah seksyen 12.
(3)
Seksyen 14a Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]
tidak terpakai bagi mana-mana pembayaran balik yang dibuat di bawah seksyen 12.”.
Kewangan 47
Akta 702
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
–TIADA–
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 702
Akta 702
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
–TIADA–