Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Section 1
Akta ini boleh-lah di-namakan Akta Kewangan (Duti Harta Pesaka), 1971 dan hendak-lah di-pakai diseluroh Malaysia.
Tertaklok kapada sekshen 2, Akta ini hendak-lah dibacha dan di-tafsirkan bersama dengan undang $ ^{2} $ duti harta pesaka yang berkaitan.
s 2Section 2
Dalam Akta ini melainkan jika kandongan ayat-nya menghendaki makna yang lain—
"anak" termasok-lah anak tiri dan anak yang di-ambil sa-bagai anak angkat mengikut mana² undang² berhubong dengan pengambilan anak angkat yang di-pakai bagi ibu atau bapa angkat itu;
"isteri" termasok-lah semua isteri bagi sa-saorang yang di-benarkan beristeri lebeh daripada satu menurut undang $ ^{2} $ diri-nya;
"undang $ ^{2} $ duti harta pesaka yang berkaitan" erti-nya undang $ ^{2} $ berhubong dengan duti harta pesaka yang berkuatkuasa di-Sabah, Sarawak atau Malaysia Barat, mengikut mana yang berkenaan.
Tertaklok kapada sekshen-kechil (1), jika sa-suatu perkataan atau perbahasaan yang di-gunakan dalam Akta ini mempunyai erti yang di-beri kapada-nya oleh mana $ ^{2} $ peruntokan undang $ ^{2} $ duti harta pesaka yang berkaitan, maka perkataan atau perbahasaan itu hendak-lah, dalam
4
Akta ini, mempunyai erti yang di-beri kapada-nya sademikian itu melainkan jika kandongan ayat-nya menghendaki makna yang lain.
s 3Section 3
Jika sa-kira-nya sa-saorang mati pada atau sa-lepas 15hb Januari, 1970, maka banyak-nya duti harta pesaka atas harta yang terletak dalam Malaysia dan yang si-mati layak melepaskan pada masa kematian-nya dan—
yang turun menurut kuatkuasa undang $ ^{2} $ kapada isteri, anak atau chuchu chichit-nya; atau
yang di-wasiatkan oleh si-mati supaya di-pindahkan kapada isteri, anak atau chuchu chichit-nya, ia-itu sa-takat mana harta itu berpindah kapada pemunyaan yang berfaedah bagi isteri, anak atau chuchu chichit itu, ia-lah lima puloh peratus daripada jumlah duti harta pesaka yang kena di-bayar, jika sa-kira-nya sekshen ini tidak dijadikan undang $ ^{2} $ , bagi harta itu mengikut kadar bersenggat yang di-nyatakan dalam undang $ ^{2} $ duti harta pesaka yang berkaitan.
Berkenaan dengan harta sa-saorang Islam yang mati meninggalkan isteri, anak atau chuchu chichit pada masa kematian-nya, sekshen-kechil (1) hendak-lah juga di-pakai bagi apa $ ^{2} $ harta yang turun menurut hukum Shara' kapada waris peringkat atas-nya atau waris peringkat sama-nya.
s 4Section 4
Ordinan No. 59 (Kuasa $ ^{2} $ Perlu) Dharurat, 1970 ada-lah dengan ini di-mansokhkan.