Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Dalam Akta ini melainkan jika kandongan ayat-nya menghendaki makna yang lain—
"anak" termasok-lah anak tiri dan anak yang di-ambil sa-bagai anak angkat mengikut mana² undang² berhubong dengan pengambilan anak angkat yang di-pakai bagi ibu atau bapa angkat itu;
"isteri" termasok-lah semua isteri bagi sa-saorang yang di-benarkan beristeri lebeh daripada satu menurut undang $ ^{2} $ diri-nya;
"undang $ ^{2} $ duti harta pesaka yang berkaitan" erti-nya undang $ ^{2} $ berhubong dengan duti harta pesaka yang berkuatkuasa di-Sabah, Sarawak atau Malaysia Barat, mengikut mana yang berkenaan.
Tertaklok kapada sekshen-kechil (1), jika sa-suatu perkataan atau perbahasaan yang di-gunakan dalam Akta ini mempunyai erti yang di-beri kapada-nya oleh mana $ ^{2} $ peruntokan undang $ ^{2} $ duti harta pesaka yang berkaitan, maka perkataan atau perbahasaan itu hendak-lah, dalam
4
Akta ini, mempunyai erti yang di-beri kapada-nya sademikian itu melainkan jika kandongan ayat-nya menghendaki makna yang lain.