Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bab II · Pindaan Kepada Akta Cukai Pendapatan 1967

3. Permulaan kuat kuasa pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967

Feedback & support
(1)

Kecuali perenggan 4(a), 4(b), 4(d), 6(a), 6(b), 7(b), 7(c), seksyen 8, 17, 18, 19, 22, 23 dan perenggan 24(b), peruntukan dalam

Bab ini hendaklah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 1986 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.

(2)

Perenggan 4(d) hendaklah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 1984 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.

(3)

Seksyen 23 hendaklah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 1985

dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.

(4)

Perenggan 6(a), 6(b), 7(b), 7(c) dan 22 hendaklah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 1987 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.

(5)

Perenggan 4(a), 4(b), seksyen 8, 17 dan 19 hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 25 Oktober 1985.

(6)

Perenggan 24(b) hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 25 Oktober 1985.

Dengan syarat bahawa dalam mana perjanjian pinjaman jangka panjang—

*CATATAN—Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [Akta 45 tahun 1967] telah disemak sebagai Akta

Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [Akta 543].

Kewangan (No. 2) 9

(i)

telah diikat dan wang yang dipinjamkan atau didepositkan di Malaysia telah diremitkan ke Malaysia sebelum 25

Oktober 1985 atau telah diikat dan baginya kebenaran telah diberi oleh Pengawal Pertukaran Asing di bawah Akta

Kawalan Pertukaran Wang 1953 pada atau sebelum 25

Oktober 1985; dan

(ii)

terma, syarat atau jangka masa pinjaman jangka panjang telah tidak diubahkan dengan apa jua cara pada atau selepas 25 Oktober 1985, bunga yang dibayar atau dikreditkan atas pinjaman itu hendaklah terus dikecualikan selama jangka masa pinjaman itu walaupun ditarik balik pengecualian yang diperuntukkan dalam perenggan 31 Jadual 6 kepada

Akta Cukai Pendapatan 1967.

(7)

Seksyen 18 hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1986.

Pindaan seksyen 2

Report

Bahagian III

Part iii

Bahagian VI

Part vi

Bab III

Pindaan Kepada *Akta Cukai Pendapatan Tambahan 1967

Bab IV

Pindaan Kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

Bab V

Pindaan Kepada *Akta Cukai Pemindahan Syer (Syarikat Berasaskan Tanah) 1984

Bab VI

Pindaan Kepada *Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967