Akta Kewangan (No. 2) 2023 · Updated to 29 Dec 2023 · Bab XII · Pindaan Kepada Akta Cukai Pelancongan 2017
101. Pindaan seksyen 14
Feedback & supportSeksyen 14 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, apabila terdapat permintaan secara bertulis dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, meluluskan mana-mana satu atau lebih butir-butir yang ditetapkan untuk tidak dimasukkan dalam suatu invois.”.