Skip to content
In forceUpdated to 29 Dec 2023Read it in English

Bab XII · Pindaan Kepada Akta Cukai Pelancongan 2017

106. Bahagian baharu VIa

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian VI bahagian yang berikut:

“Bahagian VIa

KETETAPAN

Ketetapan umum 31a.  (1)  Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, membuat suatu ketetapan umum mengenai pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini berhubung dengan mana-mana orang atau golongan orang, atau apa-apa jenis aktiviti perniagaan.

(2)

Ketua Pengarah boleh meminda atau menarik balik, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, apa-apa ketetapan umum yang dibuat di bawah seksyen ini.

(3)

Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika suatu ketetapan umum di bawah subseksyen (1) terpakai bagi mana-mana orang berhubung dengan suatu aktiviti perniagaan dan orang itu mengguna pakai peruntukan itu mengikut

Undang-Undang Malaysia 206

cara yang dinyatakan dalam ketetapan itu, Ketua Pengarah hendaklah mengguna pakai peruntukan itu berhubung dengan orang dan aktiviti perniagaan itu mengikut ketetapan itu.”.

Report

Bab XIII

Pindaan Kepada Akta Cukai Jualan 2018

Bab XIV

Pindaan Kepada Akta Cukai Perkhidmatan 2018

Bab XV

Pindaan Akta Levi Pelepasan 2019