Skip to content
In forceUpdated to 29 Dec 2023Read it in English

Bab III · Pindaan Kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

45. Seksyen baharu 19a

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 19

seksyen yang berikut:

“Relif selain berkenaan dengan kesalahan atau kesilapan 19a.  (1)  Jika mana-mana orang, yang telah mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu penyata berkenaan dengan suatu aset yang boleh dikenakan cukai yang telah dilupuskan dalam suatu tahun taksiran mengikut seksyen 13 dan telah membayar cukai bagi pelupusan itu, yang mengatakan bahawa taksiran yang berhubung dengan tahun taksiran itu berlebihan dengan alasan—

(a)

apa-apa pengecualian, relif, peremitan, elaun atau potongan yang diberikan bagi tahun taksiran itu di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain disiarkan dalam Warta selepas tahun taksiran yang penyata itu telah dikemukakan; atau

(b)

kelulusan bagi apa-apa pengecualian, relif, peremitan, elaun atau potongan yang telah diberikan selepas tahun taksiran yang penyata itu telah dikemukakan, orang itu boleh membuat suatu permohonan secara bertulis kepada Ketua Pengarah bagi relif.

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam tempoh lima tahun selepas akhir tahun pengecualian, relif, peremitan, elaun atau potongan itu disiarkan dalam

Warta atau kelulusan yang telah diberikan, mengikut mana yang kemudian.

Kewangan (No. 2)

(3)

Apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah menyiasat perkara itu dan boleh memberikan apa-apa relif secara bayaran balik semula cukai sebagaimana yang ternyata pada Ketua Pengarah adalah adil dan munasabah.

(4)

Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dengan sehampir mungkin yang boleh dibuat dalam bentuk yang sama seperti suatu notis rayuan di bawah seksyen 99

Akta Cukai Pendapatan 1967.

(5)

Jika pemohon terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah atas permohonan di bawah subseksyen (1)—

(a)

pemohon boleh dalam tempoh masa enam bulan selepas dimaklumkan keputusan itu, meminta secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk mengemukakan permohonan itu kepada Pesuruhjaya Khas;

(b)

Ketua Pengarah hendaklah dalam tempoh tiga bulan selepas menerima permohonan itu menghantar permohonan itu seolah-olah dia menghantar suatu rayuan yang dikemukakan menurut seksyen 102

Akta Cukai Pendapatan 1967; dan

(c)

permohonan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu rayuan dan hendaklah dibereskan sewajarnya.”.

Report

Bab IV

Pindaan Kepada Akta Setem 1949

Bab V

Pindaan Kepada Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967

Bab VI

Pindaan Kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990

Bahagian XI

Bahagian XI Akta Cukai Pendapatan 1967.”.

Bab VII

Pindaan Kepada Akta Duti Hiburan 1953

Bab VIII

Pindaan Kepada Akta Kastam 1967

Bab IX

Pindaan Kepada Akta Eksais 1976

Bab X

Pindaan Kepada Akta Levi Kenderaan Barang-Barang 1983

Bab XI

Pindaan Kepada Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998

Bab XII

Pindaan Kepada Akta Cukai Pelancongan 2017

Bab XIII

Pindaan Kepada Akta Cukai Jualan 2018

Bab XIV

Pindaan Kepada Akta Cukai Perkhidmatan 2018

Bab XV

Pindaan Akta Levi Pelepasan 2019