Akta Kewangan (No. 2) 2023 · Updated to 29 Dec 2023 · Bab III · Pindaan Kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
47. Pindaan seksyen 21
Feedback & supportSeksyen 21 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“Tertakluk pada seksyen ini” dengan perkataan
“Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (1a) dan (1b)”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Jika suatu taksiran ke atas suatu penyata telah dibuat di bawah subseksyen 14(1), cukai atau cukai tambahan yang kena dibayar di bawah taksiran itu hendaklah genap masanya dan kena dibayar dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelupusan sama ada orang itu merayu terhadap taksiran atau taksiran tambahan itu atau tidak.
Jika suatu taksiran ke atas suatu penyata terpinda telah dibuat di bawah seksyen 15a, cukai atau cukai tambahan yang kena dibayar di bawah taksiran
Kewangan (No. 2)
179
itu hendaklah genap masanya dan kena dibayar pada hari penyata terpinda itu dikemukakan sama ada orang itu merayu terhadap taksiran atau taksiran tambahan itu atau tidak.”.