Skip to content

Seksyen 4

Tindakan, dsb., yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan

of Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022

ActIn forceProvision 4 of 6
Seksyen 4
(1)

Apa-apa pendaftaran yang dibuat, atau perintah, notis, arahan, kuasa bertulis, kebenaran, perakuan kelayakan, skim pemeriksaan khas atau perakuan kekompetenan yang diberikan atau dikeluarkan, di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514].

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), apa-apa notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen 19(2), 39(3) atau 40(4) Akta yang dimansuhkan hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta yang dimansuhkan seolah-olah Akta yang dimansuhkan tidak dimansuhkan.

Permohonan yang belum selesai, dsb.