5. Permohonan yang belum selesai, dsb
Feedback & supportPerkara yang berikut hendaklah, pada permulaan kuat kuasa
Akta ini, diuruskan di bawah Akta yang dimansuhkan seolah-olah
Akta yang dimansuhkan tidak dimansuhkan:
apa-apa permohonan yang belum selesai yang dibuat berhubung dengan suatu perakuan kekompetenan atau kuasa bertulis di bawah subseksyen 29(2) Akta yang dimansuhkan;
apa-apa permohonan bagi kebenaran bertulis yang belum selesai berhubung dengan penggunaan mana-mana premis sebagai kilang di bawah subseksyen 34(2) Akta yang dimansuhkan;
apa-apa permohonan bagi kebenaran bertulis yang belum selesai berhubung dengan pemasangan jentera di bawah subseksyen 36(1) Akta yang dimansuhkan;
apa-apa pemeriksaan yang belum selesai di bawah subseksyen 36(3) Akta yang dimansuhkan;
apa-apa rayuan yang belum selesai di bawah subseksyen 36(6) Akta yang dimansuhkan;
apa-apa pemeriksaan berkala yang belum selesai di bawah seksyen 40 Akta yang dimansuhkan; atau
apa-apa permohonan bagi kebenaran yang belum selesai berhubung dengan suatu skim pemeriksaan khas di bawah subseksyen 40(5) Akta yang dimansuhkan.
Kilang dan Jentera (Pemansuhan)
7
Penerusan prosiding undang-undang, dsb.