Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 180 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (2)(g), dengan memasukkan sebelum perkataan “kadar” perkataan “fi atau”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, mengubah suai, mengubah atau membatalkan rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik dan menyiarkan pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan itu.
Undang-Undang Malaysia 28
Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah seksyen 51 kepada mana-mana orang untuk mematuhi apa-apa rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik.
Walau apa pun seksyen 53, Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atas mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu arahan Suruhanjaya di bawah subseksyen (5).”.